Isnin, 1 Februari 2016
Pelancaran Program Guru Penyayang 2016
Pelaksanaan amalan Guru Penyayang bertujuan agar setiap guru membudayakan sikap kasih sayang di sekolah. Guru Penyayang membawa maksud perbuatan atau perlakuan menyayangi, mengasihi dan bersifat belas kasihan serta menghormati orang lain. Ini bermakna Guru Penyayang adalah seorang guru yang memiliki sifat kepedulian (concern) terhadap murid-murid dengan cara mengamalkan nilai kasih sayang, bersikap mesra, mengambil berat, berbudi bahasa, saling menghormati, sentiasa ceria, prihatin dan sabar. Guru Penyayang seharusnya menjiwai bahawa murid adalah aset yang perlu diberi perhatian, dijaga, dibimbing, dihargai kewujudannya dan disayangi setiap masa.
Jumaat, 9 Oktober 2015
Majlis Titisan Ilmu Pelajar PT3
Majlis Titisan Ilmu untuk pelajar tingkatan 3 sempena PT3 yang akan berlangsung bermula 12, 13 & 15 Oktober 2015. Kepada semua pelajar Selamat Menjawab Soalan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3). Semoga dapat menjawab soalan dengan tenang dan baik, seterusnya mendapat keputusan yang cemerlang. Insya Allah.
Langgan:
Catatan (Atom)